Tuesday, June 23, 2009

Selesai 7 Ekar Dibajak Piring

Assalamualaikum wr wb

Hari ini selesai 7 ekar tapak tanaman tembikai dibajak piring. Ada lagi 11 ekar yg akan dibajak. Menyusul selepas ini. Berikut ialah gambaran tanah yg telah dipiring.

Mercu Tanda Pasir Mas

Assalamualaikum wr wb

Di Semenanjung Malaysia, kawasan pengeluaran tembikai yg besar lagi luas ialah Pantai Timur, termasuk Kelantan. Di kelantan, antara daerah pengeluaran tembikai yg besar ialah Pasir Mas. Justeru itu, jika pusing pusing di bandar Pasir Mas, akan kelihatan "Batu Tembikai" ini. Di dalam kawasan Pasir Mas akan kami tanam tembikai.




Wednesday, June 17, 2009

Tapak Tanaman Tembikai Selesai Dibersihkan

Assalamualaikum wr wb

Beberapa hari lepas, tapak tanaman tembikai kami telah selesai dibersihkan dengan menggunakan khidmat jentera "sawo". Masa yang diambil utk melakukan kerja kerja ini ialah 4 hari. Lebih kurang 18 ekar telah dibersihkan.

Berikut ialah gambar gambar - rakaman proses berkenaan.

Thursday, June 11, 2009

Bermula Siri Tanaman Tembikai Di Pasir Mas

Assalamualaikum wr wb

Selama ini, sejak kecil hanya melihat orang menanam tembikai. Selepas puluhan tahun, barulah terbuka maklumat dan peluang untuk menanam tembikai. Yang menarik, tapak untuk menanam tembikai ini 15km dari Sungai Golok, sekaligus sempadan dengan Siam (Thailand). Rezeki ruang tanah di sini yang ditemui.

Tembikai juga dipanggil timun cina, boci, semangka dan melikai. Di Kelantan, sebutan "timun" biasa dirujuk kepada "tembikai".

Ada 2 kumpulan tembikai, yg berbiji dan tanpa biji. Malaysia adalah salah sebuah negara pengeluar (ekspot) tembikai di dunia. Tembikai negara diiktiraf paling bermutu tinggi. Buahnya tahan 2 ke 3 minggu selepas dipetik.

Tembikai mempunyai zat yg tinggi iaitu vitamin A dan C. Biji tembikai boleh dipanggang untuk dijadikan pula kuaci.

Pokok tembikai boleh menjalar dan boleh juga memanjat. Sistem rebakan akar jenis meluas (melebar).

Jangka hanyat tembikai sekitar 70 ke 90 hari.

Langkah pertama, MENCARI TAPAK TANAMAN. Dah jumpa.

Sekarang dlm proses penyediaan tanah - bersih kawasan, bajak, rotor dan membuat batas.

Bersambung.