Sunday, July 26, 2009

Friday, July 24, 2009

10 Ekar Selesai Ditanam

Assalamualaikum wr wb

Hari ini dengan ketumbukan 7-8 org, kami berjaya menanam lagi 5 ekar menjadikan jumlah kawasan yang telah ditanam sebanyak 10 ekar. Esok akan disambung lagi.

Bersambung...

Thursday, July 23, 2009

5 Ekar Selesai Ditanam

Assalamualaikum wr wb

Hari ini, selesai 5 ekar anak semaian pokok tembikai dipindahkan ke batas.

Esok pagi pagi akan disambung lagi sehingga selesai semua anak semaian dipindahkan ke batas.

Bersambung.

Tuesday, July 21, 2009

Laporan Bergambar Aktiviti Nak Tanam Tembikai

Assalamualaikum wr wb

Kami nak tanam tembikai.

Berikut ialah antara rakaman aktiviti aktiviti akhir sebelum kami menanam tembikai pada esok hari.

Sunday, July 19, 2009

Perkembangan Terkini Projek Tanaman Tembikai Di Pasir Mas

Assalamualaikum wr wb

Laporan hari ini:

1. Plastik penutup batas telah siap dipasang.

2. Plastik tersebut telah siap ditebuk.

3. Kolam (sumber air) telah siap digali.

4. 2 unit pam air (12 kuasa kuda dan 7 kuasa kuda) telah siap dipasang ditepi kolam.

5. Paip utama 2 inci telah siap dipasang di sepanjang kepala batas.

6. Paip penitis sedang dipasang di atas barisan batas.

7. Benih sulaman sedang disemai.

8. Paip penitis sedang disepit dengan lidi.

Bersambung...

Friday, July 17, 2009

13 Ekar Selesai Dipasang Plastik Penutup Batas

Assalamualaikum wr wb

Semalam kami selesai memasang 13 ekar plastik penutup batas. Tinggal lagi 5 ekar. Insya Allah akan siap hari ini.

Plastik ini juga telah mula ditebuk lubang sejak semalam utk membolehkan penanaman anak benih tembikai nanti.

Gambar akan menyusul kemudian.

Wednesday, July 15, 2009

5 Ekar Selesai Dipasang Plastik Penutup Batas

Assalamualaikum wr wb

Hari ini kira kira 10 ekar telah selesai dirotor batas yang telah ditabur taik ayam.

Hari ini kami selesai memasang plastik penutup batas - kira kira seluas 5 ekar. Esok kerja kerja ini akan disambung lagi hingga siap.

Esok juga kami akan mula menebuk lubang plastik penutup batas - utk membolehkan kami menanam anak pokok tembikai pada hari Isnin dan Selasa nanti.

Gambar akan menyusul kemudian.

Monday, July 13, 2009

Selesai Menyemai Anak Benih

Assalamualaikum wr wb

Semua benih telah disemai. Sekarang dalam fasa kurungan. Akan dipindah ke tempat semaian terbuka utk selama 7 hari.

Gambar akan menyusul.

Sunday, July 12, 2009

18 Ekar Selesai Ditabur Baja

Assalamualaikum wr wb

Semalam, kami selesai menabur baja taik ayam ke semua batas. Hari ini kami akan melakukan kerja kerja perataan. Selepas ini akan dirotor dan seterusnya akan ditutup dengan plastik hitam @ silver shine.

Semalam juga kami selesai menyemai 10 ekar anak benih. Hari ini akan selesai lagi 8 ekar anak benih.

Esok, kami akan melakukan kerja kerja pemasangan sistem pengairan pula.

Gambar akan menyusul kemudian.

Friday, July 10, 2009

Kabin - Bilik Barang Barang dan Orang Orang

Assalamualaikum wr wb

Kabin telah sampai beberapa hari lepas. Dengan adanya kabin ini, kami boleh simpan barang, boleh rehat, boleh makan, boleh solat dan boleh juga tidur.

Kelebihan kabin, - ready stock - angkat dan letak, mudah alih - jika nak pindah dan siap wiring.

Berikut gambar gambar kabin... dibawa masuk dengan loader, beberapa dahan pokok kena cantas kerana menghalang dan dibawa turun dengan kren.

Benih Tembikai Big Bonus 228 Keluaran Leekat's

Assalamualaikum wr wb

Kami telah mengambil keputusan utk menggunakan benih tembikai keluaran syarikat Leekat's yang bernama Big Bonus 228 - terkini dan menjadi kegemaran penanam tembikai masa kini. Berikut ialah gambaran tin biji benih tembikai. Turut kelihatan ialah paket biji benih tembikai kuning - yg akan digunakan semasa operasi pendebungaan berbantu nanti.


8 Ekar Selesai Ditabur Baja Organik

Assalamualaikum wr wb

Semalam kami selesai menabur baja taik ayam seluas 8 ekar. Sebentar lagi, akan disambung lagi hingga selesai hari ini, insya Allah.

Kerja kerja menyemai akan diteruskan pada hari ini. Insya Allah, hasil akan mula keluar masa musim perayaan Aidilfitri nanti.

Laporan penuh akan menyusul.

Gambar akan dinaikkan kemudian.

Bersambung...

Thursday, July 9, 2009

18 Ekar Selesai Dibuat Batas

Assalamualaikum wr wb

Semalam, 18 ekar selesai dibuatkan batas. Bagaimana batas dibuat? Batas dibuat dengan menggunakan traktor yang mempunyai ekor "plough disc" atau biasa kita sebut sebagai "buat batas dengan piring".

Monday, July 6, 2009

18 Ekar Selesai Dipiring

Assalamualaikum wr wb

2 hari lepas, 18 ekar tapak tanaman tembikai selesai dibajak piring. Jentera sodok juga selesai membersihkan semua tinggalan tunggul bakaran api utk membolehkan jentera rotor memulakan kerja tanpa gangguan.

Sumber air boring telah dibuat.

Berikut ialah antara rakaman gambaran operasi berkenaan.

Saturday, July 4, 2009

Selesai 7 Ekar Dirotor dan Perkembangan Lain

Assalamualaikum wr wb

Rancangan kami, 18 ekar akan ditanam tembikai.

Hari ini, 7 ekar selesai dirotor. Esok perotor cuti. Lusa akan kembali menyiapkan baki yang belum. Sementara itu masih ada lagi 2 ekar yang belum dipiring. Esok akan disambung.

Bekalan taik ayam telah mula sampai. Hari ini 900 guni telah tiba di tapak tanaman tembikai kami. Kami memerlukan lebih kurang 2000 ke 2500 guni taik ayam. Dan, untuk mendapatkan bekalan taik ayam dalam masa yang semerta amat sukar sekali. Pada masa ini "sedia sampai" ialah 2000 guni. Kami perlu mencari lagi 500 ke 1000 guni sebagai "back up".

Masih ada beberapa tompokan dan longgokan tunggul kayu yang belum habis dibakar. Esok akan diteruskan lagi aktiviti mengutip tunggul tunggul dan saki baki kayu tinggalan aktiviti sodok dan piring sebelum ini.

Esok jentera "JCB/Case" akan masuk dan menyodok terus ke tepi sempadan. Untuk melancarkan perjalanan air parit, kami akan memasang 2 pembetung esok.

Kabin akan sampai hari ahad ini untuk dijadikan sebagai "Markaz Operasi Tembikai". Ianya cepat sebab "ready made", selamat dan fleksibel lagi praktikal utk mudah - alih.

Isnin akan sampai bekalan "silver shine" @ plastik hitam penutup batas, benih dan baja, tray, dan peat moss. Disamping bahan bahan berkaitan lain.

Kami memerlukan 2 pam air. 1 pam air "2nd hand" telah dibeli dan sedang diservis. Lagi 1 sedang dicari.

Sumber air pula, selain dari telaga dan kolam yang digali, mencari air secara "boring" pun akan dilakukan esok.

Antara rakaman gambaran aktiviti sehingga hari ini ialah...