Wednesday, August 19, 2009

Perkembangan Tanaman Tembikai Di Pasir Mas

Assalamualaikum wr wb

Berikut ialah beberapa gambar rakaman tanaman tembikai yang diambil 2 hari lepas. Usia sekitar 28 hari.

Kelihatan tanaman telah merebak di atas batas menutupi plastik hitam. Sementara itu, tembikai kuning juga telah berbuah.

Aktiviti semasa ialah:

1. Membaja butir NPK

2. Membaja Foliar (Immune Booster) - Semburan

3. Meracun Kulat - Setiap Minggu

4. Meracun Serangga - Setiap Minggu

Friday, August 7, 2009

Aktiviti Semasa Tanaman Tembikai

Assalamualaikum wr wb

Kini, kami dalam proses melakukan penjagaan dan pemantauan tanaman tembikai. Antara aktiviti harian ialah:

1. Mengasi - 5 orang

2. Meracun - Menyembur racun serangga dan racun kulat - 2 orang

3. Membaja - Menyembur baja subur - 2 orang

4. Membuat dan membaiki parit - memantau kekerapan, kelebatan dan jumlah air hujan - khidmat JCB

5. Membetulkan sungkupan plastik - Kesan dari tiupan angin yg kuat - 2 orang dgn cangkul