Thursday, September 10, 2009

Mula Menuai Tembikai

Assalamualaikum wr wb

Hari ini kami mula menuai tembikai kuning. Usianya 49 hari. Esok akan disambung lagi. Usianya 50 hari. Esok hari cuti di Kelantan. Kami akan mengerahkan kroni berdekatan utk bersama sama mengembeling kudrat di bulan puasa ini utk memetik tembikai, mengumpul tembikai, menimbang tembikai, mengangkat tembikai ke atas lori dan menurunkan tembikai di pusat jualan. Sudah tentu tugas ini menggugat keimanan petugas petugas menuai.

Berikut ialah beberapa gambaran hari ini:


Sebahagian tembikai terus dihantar ke kedai runcit Pak Mertua Ayub, kotak kayu utk simpanan dan pameran tembikai telah sedia siap.

Monday, September 7, 2009

Coretan dan Gambar Terkini - Hari Ke 38 - 43

Assalamualaikum wr wb

Ini gambar beg baja. Baja ini namanya baja NPK 12:12:12:2 + TE. Orang kampung panggil baja singa kuda. Ada yang panggil baja butir putih. Ada yang sebut baja buah. Baja ini dari Belgium dan telah mula dikilangkan semenjak tahun 1860-an dulu lagi.

Ini pula buah yang besar, padahal buah ini berada di plot terakhir ditanam.

Dan beberapa buah peringkat pertama yang sempat diambil gambarnya.

Semalam, kami telah memetik 2 biji pertama buah tembikai kuning yang telah dikenalpasti masak. Ya, benar telah masak.

Ladang ini jauh dari tiang elektrik TNB. Justeru alternatif yg ada utk mendapatkan tenaga elektrik ialah dengan menggunakan generator. Untuk menggerakkan generator memerlukan pula tenaga petrol.

Minggu akhir akhir ini, tiada hujan. Baik utk tanaman tembikai. Pengairan tanaman diambil dari air takungan berikut. Kelihatan air yg telah surut kerana sedang dipam ke tanaman.

Kelihatan pagar plastik hitam (silvershinne) yang memberikan kesan psikologi kepada babi utk tidak jadi masuk ke dalam ladang, walaupun plastik silvershine itu tersangat mudah koyak.

Pam galas diperlukan utk melakukan kerja kerja menyembur - baja foliar, racun serangga, racun kulat dan hormon. Ada pam galas manual ada juga pam galas bermotor - lebih berat.


Untuk keselesaan bekerja di ladang yg agak luas, air mesti ada. Tangki air disediakan. Mudah utk solat, buang air dan mandi.

Musuh utama tanaman ialah gangguan dan serangan babi dan monyet. Gerombolan komuniti mereka di sini dalam jumlah yang agak besar. Sekali terjah dalam 30 ke 40 ekor. Ada kes kes tertentu babi dan monyet boleh melompat masuk ke dalam kawasan tanaman. Alternatif lain yang boleh digunakan ialah "khidmat kawalan anjing". Anjing menjaga 24 jam. Menyalak dan mengejar. Orang kelate kata anjing "hambat".

Untuk mencari anjing bukan mudah, sebab ramai penanam (termasuk penanam tembikai yang luas luas) pun mencari anjing sebagai "jaga tanaman" mereka. Melalui bantuan seorang orang kampung di sini, yang ada kenalan siam, memaklumkan, sila ke tokong budha siam yang terbesar di Kelantan (dan juga Malaysia). Kami berjaya mendapatkan 3 ekor. Boleh jaga Plot A dan B. Plot C dah memang ada 3 ekor anjing.

Setakat ini, alhamdulillah, semua kawasan tanaman terpelihara dari sebarang gangguan musuh.

Wednesday, September 2, 2009

Baja, Racun dan Hormon Untuk Tanaman Tembikai

Assalamualaikum wr wb

Tanaman tembikai memerlukan baja untuk tumbuh membesar, racun untuk mengawal serangan serangga, kulat dan ulat. Selain itu, tanaman tembikai juga memerlukan baja tambahan (trace element) sekiranya berlaku kekurangan di dalam pemberian baja asas (taik ayam) dan baja utama (NPK 15:15:15 dan NPK 12:12:17 + TE). Baja tambahan ini biasa disebut baja foliar - disembur terus ke daun pokok dan meresap ke dalam.

Berikut ialah antara baja, racun dan hormon yang digunakan. Semuanya dari luar negara. Ada dari Jepun, ada dari Sepanyol, ada dari Sweeden, ada dari German dan ada dari Australia.

Tong biru ini dibeli di kedai besi buruk khusus utk dijadikan sebagai bekas bancuhan baja, racun dan hormon di ladang tembikai yang telah dibahagikan kepada 3 plot - A, B, dan C. Isipadu tong biru ini ialah 250 liter bersamaan dengan 15 tong/pam galas yang berkapasiti 16 liter.

Lagi Rakaman Gambar Terkini Di Ladang Tembikai

Assalamualaikum wr wb

Berikut ialah rakaman gambar aktiviti beberapa orang pekerja mengahwinkan bunga - putik di ladang tembikai. Turut kelihatan ialah gambar baldi baldi bewarna kuning utk aktiviti membaja butir NPK, sudu sudu utk mencedok baja - bagi mengelakkan sakit pinggang. Selain itu ialah gambaran di dalam kabin yang memuatkan stok beras, dapur dan tong gas.

Tuesday, September 1, 2009

Buah Yang Telah Berkahwin, Membesar Dengan Cepat

Assalamualaikum wr wb

Hari ini kami telah merakamkan perkembangan terkini buah buahan tembikai di ladang. Apabila tanaman tembikai memasuki fasa pembesaran buah, pokok tembikai memerlukan tambahan baja butir NPK, baja foliar dan hormon dan pengawalan serangga dan kulat. Selain itu, aktiviti mengahwin masih berlangsung, mungkin lagi 5 hari.

Selain itu, musuh musuh seperti monyet dan babi pun menuntut kita untuk berhati hati - memantau 24 jam. Justeru mulai beberapa hari lepas, 2 orang wakil kami telah tinggal di Ladang Tembikai, khusus untuk melakukan pemantauan berterusan ladang tembikai - buah buah yang sedang membesar. Mereka masak dan tidur di kabin. Malam malam menyuluh. Malam malam main mercun. Memasang jerat. Memasang benteng.

Berikut ialah antara rakaman terkini tanaman tembikai kita: