Monday, December 21, 2009

Tanaman Labu Telah Mula Berbuah

Assalamualaikum wr wb

Agak lewat melakukan update blog labu ini kerana:

1. Laptop kene virus - dihantar format di kedai PC di KBMall.

2. Sekali lagi kene virus - dihantar lagi ke KBMall.

3. Kemudian, kad memori kamera yang ada rakaman gambar tanaman labu (dan lain lain) pula telah kene virus dan habis kesemuanya.

Insya Allah, hari ini (petang ini) (baru sampai dari Kedah, malam tadi - urusan pernikahan adik ipar) akan diambil semula rakaman gambar terkini tanaman labu di ladang Pasir Mas, dan akan diupdate malam ini.

Bersambung...

PS: Labu telah mula berbuah.

Update: Selasa 22 Disember, 2009


Thursday, November 5, 2009

Selesai Menanam Labu

Assalamualaikum wr wb

Pada hari jumaat dan sabtu lepas, kami telah selesai menanam labu. Dengan bantuan 9 orang tenaga tambahan selain dari 2 orang pekerja tetap. Hari ini baru selesai menyulam mana mana pokok yang mati.

Berikut ialah rakaman aktiviti seminggu yang lalu.

Tuesday, October 27, 2009

Usaha Tanaman Labu Bermula

Assalamualaikum wr wb

Selepas tanaman tembikai, kami akan menanam labu pula. Sistem penggiliran tanaman seperti ini biasa dilakukan di kalangan pengusaha tanaman tembikai. Antara beberapa sebab labu dipilih ialah kerana:

1. Sistem jarak antara batas yang sama. Ini bermakna kita tidak perlu mengubah sistem batas.

2. Cara pengurusan tanaman yang lebih kurang sama dengan tembikai, dan dari beberapa segi, lebih kurang "kerja" berbanding tembikai. Contohnya: Labu tidak wajib dikahwinkan seperti mana tembikai.

Justeru itu berikut ialah langkah langkah ke arah penanaman labu:

1. Penyediaan tapak. Mencabut pokok tembikai. Meracun rumpai. Menabur baja di lubang tanaman. Membetulkan paip di atas batas. Menggantikan pagar plastik hitam dengan pagar jaring hitam.

2. Menyemai benih labu.

3. Menanam.

4. Menjaga tanaman.

a) Mengasi
b) Menyusun Cabang
c) Membaja Buah
d) Menyembur Racun Kulat, Racun Serangga dan Baja Foliar.

5. Menuai

Mengikut jadual, kita akan mula menanam labu pada hari jumaat ini 30 Oktober, 2009. Dijangka kita akan menuai antara 5 Januari 2010 ke 15 Januari 2010.

Berikut ialah beberapa rakaman gambar kebun yg baru lepas diracun dan pembinaan tempat semaian utk tanaman labu.


Berikut pula ialah beberapa rakaman gambar terkini situasi di kebun labu.


Friday, October 9, 2009

Rakaman Aktiviti Musim Menuai Tembikai Di Pasir Mas

Assalamualaikum wr wb

Berikut ialah beberapa rakaman aktiviti semasa musim menuai tembikai di Pasir Mas. Ada beberapa cara kami menjual tembikai. Menjual terus kepada pemborong. Mengedarkan kepada kedai kedai runcit buah dan menjual sendiri di tepi jalan.

Hari ini kami masih menjual di simpang jalan Labok - Kota Bharu, kemungkinan akan habis lagi beberapa hari.


Thursday, September 10, 2009

Mula Menuai Tembikai

Assalamualaikum wr wb

Hari ini kami mula menuai tembikai kuning. Usianya 49 hari. Esok akan disambung lagi. Usianya 50 hari. Esok hari cuti di Kelantan. Kami akan mengerahkan kroni berdekatan utk bersama sama mengembeling kudrat di bulan puasa ini utk memetik tembikai, mengumpul tembikai, menimbang tembikai, mengangkat tembikai ke atas lori dan menurunkan tembikai di pusat jualan. Sudah tentu tugas ini menggugat keimanan petugas petugas menuai.

Berikut ialah beberapa gambaran hari ini:


Sebahagian tembikai terus dihantar ke kedai runcit Pak Mertua Ayub, kotak kayu utk simpanan dan pameran tembikai telah sedia siap.