Thursday, June 11, 2009

Bermula Siri Tanaman Tembikai Di Pasir Mas

Assalamualaikum wr wb

Selama ini, sejak kecil hanya melihat orang menanam tembikai. Selepas puluhan tahun, barulah terbuka maklumat dan peluang untuk menanam tembikai. Yang menarik, tapak untuk menanam tembikai ini 15km dari Sungai Golok, sekaligus sempadan dengan Siam (Thailand). Rezeki ruang tanah di sini yang ditemui.

Tembikai juga dipanggil timun cina, boci, semangka dan melikai. Di Kelantan, sebutan "timun" biasa dirujuk kepada "tembikai".

Ada 2 kumpulan tembikai, yg berbiji dan tanpa biji. Malaysia adalah salah sebuah negara pengeluar (ekspot) tembikai di dunia. Tembikai negara diiktiraf paling bermutu tinggi. Buahnya tahan 2 ke 3 minggu selepas dipetik.

Tembikai mempunyai zat yg tinggi iaitu vitamin A dan C. Biji tembikai boleh dipanggang untuk dijadikan pula kuaci.

Pokok tembikai boleh menjalar dan boleh juga memanjat. Sistem rebakan akar jenis meluas (melebar).

Jangka hanyat tembikai sekitar 70 ke 90 hari.

Langkah pertama, MENCARI TAPAK TANAMAN. Dah jumpa.

Sekarang dlm proses penyediaan tanah - bersih kawasan, bajak, rotor dan membuat batas.

Bersambung.

2 comments:

  1. salam, thanx for d info..

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum saudara,

    sy siti norbaya dari FAMA selayang. sy staf baru kt FAMA. sy di arahkan untuk mencari maklumat tentang tembikai. jadi sy nk minta jasa baik saudara berkongsi maklumat tentang tembikai. disini sy hendak mengetahui cara tanam tembikai dari awal hingga akhir. dari penyediaan tanah, penyediaan benih/ank pokok dan seterusnya. ini alamat email sy baya_come@yahoo.com . sy dahulukan dengan ucapan terima kasih.

    sy pon berasal dari kelate. duk kt pngkln chepa.

    ReplyDelete