Saturday, July 4, 2009

Selesai 7 Ekar Dirotor dan Perkembangan Lain

Assalamualaikum wr wb

Rancangan kami, 18 ekar akan ditanam tembikai.

Hari ini, 7 ekar selesai dirotor. Esok perotor cuti. Lusa akan kembali menyiapkan baki yang belum. Sementara itu masih ada lagi 2 ekar yang belum dipiring. Esok akan disambung.

Bekalan taik ayam telah mula sampai. Hari ini 900 guni telah tiba di tapak tanaman tembikai kami. Kami memerlukan lebih kurang 2000 ke 2500 guni taik ayam. Dan, untuk mendapatkan bekalan taik ayam dalam masa yang semerta amat sukar sekali. Pada masa ini "sedia sampai" ialah 2000 guni. Kami perlu mencari lagi 500 ke 1000 guni sebagai "back up".

Masih ada beberapa tompokan dan longgokan tunggul kayu yang belum habis dibakar. Esok akan diteruskan lagi aktiviti mengutip tunggul tunggul dan saki baki kayu tinggalan aktiviti sodok dan piring sebelum ini.

Esok jentera "JCB/Case" akan masuk dan menyodok terus ke tepi sempadan. Untuk melancarkan perjalanan air parit, kami akan memasang 2 pembetung esok.

Kabin akan sampai hari ahad ini untuk dijadikan sebagai "Markaz Operasi Tembikai". Ianya cepat sebab "ready made", selamat dan fleksibel lagi praktikal utk mudah - alih.

Isnin akan sampai bekalan "silver shine" @ plastik hitam penutup batas, benih dan baja, tray, dan peat moss. Disamping bahan bahan berkaitan lain.

Kami memerlukan 2 pam air. 1 pam air "2nd hand" telah dibeli dan sedang diservis. Lagi 1 sedang dicari.

Sumber air pula, selain dari telaga dan kolam yang digali, mencari air secara "boring" pun akan dilakukan esok.

Antara rakaman gambaran aktiviti sehingga hari ini ialah...

No comments:

Post a Comment