Monday, September 7, 2009

Coretan dan Gambar Terkini - Hari Ke 38 - 43

Assalamualaikum wr wb

Ini gambar beg baja. Baja ini namanya baja NPK 12:12:12:2 + TE. Orang kampung panggil baja singa kuda. Ada yang panggil baja butir putih. Ada yang sebut baja buah. Baja ini dari Belgium dan telah mula dikilangkan semenjak tahun 1860-an dulu lagi.

Ini pula buah yang besar, padahal buah ini berada di plot terakhir ditanam.

Dan beberapa buah peringkat pertama yang sempat diambil gambarnya.

Semalam, kami telah memetik 2 biji pertama buah tembikai kuning yang telah dikenalpasti masak. Ya, benar telah masak.

Ladang ini jauh dari tiang elektrik TNB. Justeru alternatif yg ada utk mendapatkan tenaga elektrik ialah dengan menggunakan generator. Untuk menggerakkan generator memerlukan pula tenaga petrol.

Minggu akhir akhir ini, tiada hujan. Baik utk tanaman tembikai. Pengairan tanaman diambil dari air takungan berikut. Kelihatan air yg telah surut kerana sedang dipam ke tanaman.

Kelihatan pagar plastik hitam (silvershinne) yang memberikan kesan psikologi kepada babi utk tidak jadi masuk ke dalam ladang, walaupun plastik silvershine itu tersangat mudah koyak.

Pam galas diperlukan utk melakukan kerja kerja menyembur - baja foliar, racun serangga, racun kulat dan hormon. Ada pam galas manual ada juga pam galas bermotor - lebih berat.


Untuk keselesaan bekerja di ladang yg agak luas, air mesti ada. Tangki air disediakan. Mudah utk solat, buang air dan mandi.

Musuh utama tanaman ialah gangguan dan serangan babi dan monyet. Gerombolan komuniti mereka di sini dalam jumlah yang agak besar. Sekali terjah dalam 30 ke 40 ekor. Ada kes kes tertentu babi dan monyet boleh melompat masuk ke dalam kawasan tanaman. Alternatif lain yang boleh digunakan ialah "khidmat kawalan anjing". Anjing menjaga 24 jam. Menyalak dan mengejar. Orang kelate kata anjing "hambat".

Untuk mencari anjing bukan mudah, sebab ramai penanam (termasuk penanam tembikai yang luas luas) pun mencari anjing sebagai "jaga tanaman" mereka. Melalui bantuan seorang orang kampung di sini, yang ada kenalan siam, memaklumkan, sila ke tokong budha siam yang terbesar di Kelantan (dan juga Malaysia). Kami berjaya mendapatkan 3 ekor. Boleh jaga Plot A dan B. Plot C dah memang ada 3 ekor anjing.

Setakat ini, alhamdulillah, semua kawasan tanaman terpelihara dari sebarang gangguan musuh.

No comments:

Post a Comment